Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday, 6 September 2016

ADRA 2 YEARS :)



Salam semua,

Semalam 5 september 2016, genapla Adra Sofiyya berumur 2 tahun. Alhamdulillah. Antara nikmat terindah yang ALLAH beri dalam hidup ni. Tak sangka dah 2 tahun dah dia. Cepatnya masa berlalu.
.
.
Dah makin bijak bercakap, even belum lancar, mama tetap bangga. Dah pandai susun toys after main, dah pandai tidur sendiri (sedih), dah pandai behave bila diluar. Sangat sangat senang dijaga, jarang menangis, tapi kalau menangis haisshhhh drama sangat. Tak memilih makanan tu part paling best, hahaha. Mama masak apa pun, dia makan je. 
.
.
Dalam hidup ni tak nak berlumba tentang pencapaian anak, cukupla adra membesar dengan sihat dan jadi anak yg baik. Yang penting ku cuba untuk jadi mama yg terbaik untuk adra. Ok, touching pulak duk karang blog petang petang nih. 
.
.
Happy Birthday RAJA ADRA SOFIYYA,
Mama & Ayah sayang Adra,





PS: Eh rasa macam rindu pulak nak pregnant lagi ..hikhik

Friday, 2 September 2016

WELCOME SEPTEMBER ❤

Salam Semua.

.
Lama tak jenguk ke blog. Teruk sangat ni tahap pemalas nak menulis di blog. Please please kembalikan aura menulis balik. Rindu sangat kat blog. Malangnya selalu tak cukup masa nak update. 
.
.
Sedar tak sedar ,dah masuk bulan SEPTEMBER..I love september. Hihi.sebab september adalah bulan kelahiran Adra Sofiyya. Eh dah nak masuk 2 tahun lah budak tu . Cepatnye membesar. 


Hai saya dah nak masuk 2 tahun :)
.
.
Bercakap pasal september ni,semalam masuk je 1 September,pagi pagi nak pergi kerja dah ada dugaan. Dah siap dah nak keluar rumah, sekalinye husband duk start kereta, takmau hidup. Allah.


Dah la ade kerja penting semalam kat office. Try banyak kali memang tak mau start.
Last last call abg pomen datang rumah tengokkan kereta. Rupenye bateri kereta dah habis. Ye la dah 3 tahun da tak tukar tukar bateri lagi. Kihkihkih.


.
Lalunye sementara tunggu abang pomen repair kereta, aku dan adra pun breakfast ler dulu di rumah. Almaklumlah, pagi pagi memang lapor aje. Tak pasal pasal semalam lambat masuk office. Takpela, tu ujian kecil sahaja. InsyaAllah september ni Allah akan berikan berita gembira lain hendaknye. Hope sale bulan ni semakin meningkat. Yeayyy :)



Thursday, 21 April 2016

Happy birthday MAMA


Salam semua...

Pagi pagi dah update blog...wahhhh ajaib sangat ni. Rajin pulak aku sekarang ni duk update blog kan. Well dah janji dengan diri nak teruskan berblogging. Rindu dengan kawan kawan blogger yang lama. Tambah tambah geng bride to be 2013 :)
.
.
Alhamdulillah harini adalah hari yang istimewa sebab harini HARIJADI mak mertuaku. Moga ALLAH panjangkan usia mama, diberikan kesihatan yang baik dan mama bahagia dengan anak menantu dan seorang cucu yg banyak akal tu,si Adra Sofiyya.Hehe..
.
.



Ayah dan mama mertuaku :)


Korang ada idea tak nak bagi hadiah pe kat mak mertuaku? Nak bagi handbag, tapi macam da biasa, ke belanja makan? ke beli ape? eh pening pulak awokkkk ni 


Psss; meh tolong linda cari idea ye. Petang karang balik keje boleh singgal mall jap :)


Wednesday, 20 April 2016

Larangan2 memulakan bisnez !

Salam semua...

Eh rajin pulak aku update blog ye sekarang. Hihi..rindu kat blog dan kawan kawan blogger. So kita aktifkan balik la blog ni. Jom pagi ni kita sharing pasal bisnes. Anda minat berniaga? Jom kita tengok dulu apa larangan larangan dalam memulakan bisnes. Tips ni copy paste dari jutawan Safiey Ilias. Korang follow la FB dia, besttt sangat :)
.
.
Larangan2 memulakan bisnez

1. Jangan mula bisnez dgn berhutang ! Hutang akan buat kita x dpt rasa duit untung . Duit untung kene guna byr hutang ! Ini buat smgt kita luntur dlm bisnez . Duit dlm bank x bertambah tambah ! Habis bayar hutang !
.
2. Jangan buat bisnez yg memerlukan kita buat loan dan pinjam kawan ! Dh la baru nk berjinak , tp kita sibuk nk start bisnez cara org kaya ! Kene ukur baju di badan sendiri . Pilih bisnez yg modalnya kecil dan 2/3 drpd simpanan kita . Sbagai contoh menjadi stokis produk yg kos nya RM3000 . Modal nya kecil , dan pusingan modal dpt dilakukan dgn cpt ! Brg pula sng jual sbab HQ betol2 menerapkan marketing yg berkesan !
.
3. Jangan pilih bisnez yg pusingan modalnya lambat ! Pilih bisnez yg pusingan modal nya cpt ! Sebagai contoh menjual buah di pasar malam , bisnez mmbuka gerai lemang , bisnez menjual moist cake , bisnez menjual tapai yg mana modalnya kecil dan duit modal boleh dipusing cepat ! Bisnez bungkus bila tiada CASH !
.
4. Jangan sesekali beri hutang kpd pembeli ! Jgn terlalu baik dan terlalu percaya orang ! Hutang menyebabkan kita gagal rolling duit modal . Akibatnya bisnez akan sontot nnti ! 
.
5. Jangan buka kedai pada permulaan bisnez ! Jangan buka kedai selagi untung bisnez belom ada RM300k ! X apa bisnez melalui rumah atau dimana2 yg tidak memerlukan kita mmbayar sewa yg mahal . 
.
6. Jangan menggaji pekerja yg ramai ! Kita uruskan mana yg kita mampu . Kita belajar buat semua benda sendiri . Bila empayar dh berkembang , baru gaji pekerja dan suruh mereka lakukan tugas kita ! Selagi boleh kurangkan kos . Kita kurangkan !
.
7. Jangan boros ! Ikat perut ! Mimpi2 untuk memakai kereta besar atau memiliki kedai yg mmpunya hiasan dalaman yg cantik harus dilupakan ! Simpan duit untung sebaiknya ! Ikat perut dan nafsu . Bila bisnez sudah stabil baru boleh bermimpi .









Tak ada modal nak buat bisness? Jangan risau, jom mulakan langkah untuk mencari side income dengan menjadi dropshipper DIANZ VITAMIN dengan linda. Linda stokis sah Dian Legacy Sdn Bhd.  Dah nak raya ni, jom cari duit poket :)

Jom follow :
Whatsapp: 0133557750 



Tuesday, 19 April 2016

Cara untuk ajar anak duduk dalam carseat

Salam Semua...


Tahukah anda,amat penting meletakkan baby didalam carseat. Kerana ini dapat mengurangkan risiko baby cedera teruk atau melambung bila berlakunye kes kemalangan.

Aku dan husband dah train adra untuk duduk dicarseat semenjak dia berumur 3 bulan. Alhamdulillah sangattt la behave adra bile dalam carseat.Tapi semenjak aktif berniaga ni kreta dah mcm stor, kadang kadang terpaksa cabut carseat adra untuk bagi ruang ku letak box barang barang jualan. Makanya adra pun seronok la dapat duduk depan dengan  mamanya ni.

Tapi tak boleh tahan bila adra duk depan, sebabnya tangan dia sangat la ligat duk main tingkap aircond, main volume kereta dan punggah laci dsahboard tu. Subhanallah, mama ni sabar je la tengok akal dia tu. 

Last week cakap dengan husband, tak boleh jadi ni, kena ajar Adra duk dalam carseat semula. Makanya, last week bermula la episod budak ni melekat balik dalam carseat. 1st day macam biasa la, tak boleh tahan dia duduk lama lama dalam carseat. Resah gelisah semua ada. Tapi mama & ayah kena berhati kering melayan auta dia tu

2n day Alhamdulillah, dah ok. Dah seronok dah dia. Sekarang asal masuk kereta je dia tahu, dia kene duduk dalam carseat. Tak sampai 15 minit selalunye dia dah tertido dalam carseat. Hehehe..memang kuat tido budak ni

So harini aku nak share beberapa tips untuk lekakan anak di carseat:

> Sediakan healthy snack food untuk anak <
Selalunya memang aku akan prepare makanan untuk adra, paling simple kerepek popia.  (kulit popia dikoyak, digoreng garing dan taburkan dengan serbuk udang #byciknuie). Dapat makanan memang elok la dia duduk dalam carseat, duk menghadap makanan. Jangan lupa sediakan sebotol air kosong untuk anak anda ye 

>Sediakan mainan/book <
Haaaa...,macam aku memang avoid utk bagi adra gadget, so solutionnya untuk elakkan adra bosan, ku angkut mainan fevret dia or buku. Leka la dia duk main2 or selak2 buku.

> Sediakan bantal busuk anak <
Hahaha...yang ni memang wajib ada. Adra ada bantal busuk dan soft toys kegemaran dia tau. Bolster busyuk kepam tu la bantal bucuk adra, dan cik tikus tu pulak soft toys kegemaran adra. Takde 2 bende tu, kemurungan la dia :P